Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2022 Arkib Pengumuman 2022 SOALAN LAZIM PENYELENGGARAAN LAPORAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN

Adalah dimaklumkan Jabatan Akauntan Negara Malaysia(JANM) telah mengeluarkan Penyelenggaraan Laporan Kewangan dan Perakaunan yang diperincikan melalui Soalan Lazim Penyelenggaraan Laporan Kewangan dan Perakaunan JANM. BKP.600-14/1/11 JId.4(7) bertarikh 24 Jun 2022. lanya merupakan garis panduan kepada PTJ, Kementerian dan Pejabat Perakaunan dalam melaksanakan penyelenggaraan laporan kewangan dan perakaunan.

Garis panduan ini hendaklah dibaca bersama Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia(SPANM) yang berkaitan iaitu:-

i)             SPANM Bil. 7 Tahun 2018 - Tatacara Pengurusan Bayaran;

ii)            SPANM Bil. 3 Tahun 2019 - Tatacara Pengurusan Terimaan; dan

iii)           SPANM Bil. 1 Tahun 2020  - Tatacara Pengurusan Bayaran Emolumen Pegawai Awam Persekutuan.

Sehubungan dengan itu semua PTJ perlu memastikan penyediaan dokumentasi ini mengikut format yang telah dikeluarkan mulai laporan bulan Julai 2022 untuk dikemukakan pada bulan Ogos 2022 ke Pejabat Perakaunan.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, boleh hubungi Pn. Jihadiah dan Pn. Zarida di talian 09-6278219/218. Kerjasama dan tindakan semua PTJ amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.

Muat Turun : -
1.  Surat Makluman
2. Soalan Lazim Penyelenggaraan Laporan Kewangan dan Perakaunan - Dikemaskini 24 Jun 2022
3. SPANM BIL 3 2019 LAMPIRAN F7
4. SPANM BIL 3 2019 LAMPIRAN F7a
5. SPANM BIL 3 2019 LAMPIRAN F7b
6. SPANM BIL 7 2018 LAMPIRAN I-6
7. SPANM BIL 7 2018 LAMPIRAN I-6(a)

8. SPANM BIL 7 2018 LAMPIRAN I-6(b)
9. SPANM BIL 7 2018 LAMPIRAN I-6(c)