Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 PERINGATAN: TUNTUTAN PEMBATALAN DAN NO SHOW PASSENGER BAGI WARAN PERJALANAN UDARA (WPUA) OLEH PUSAT TANGGUNGJAWAB (PTJ) KEPADA AGENSI PENERBANGAN

,السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Salam Sejahtera,

Tuan,

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.   Seperti yang tuan sedia maklum, pembayaran tambang udara atau Waran Perjalanan Udara Awam secara pukal (WPUA Pukal) dilaksanakan secara berpusat oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia kepada agensi penerbangan. Walaubagaimanapun, Pusat Tanggungjawab (PTJ) bertanggungjawab untuk memastikan bahawa tatacara berkaitan No Show Passenger dan tuntutan bayaran balik jika perjalanan tidak dapat dilakukan dipatuhi. 

3.   Berdasarkan Lampiran D: Garis Panduan Tatacara Pengurusan Bayaran Pukal, Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bilangan 7 tahun 2018, menyatakan bahawa;

Para 3.2.3 (1)

Pegawai yang tidak menyempurnakan perjalanan hendaklah mengembalikan tiket penerbangan yang tidak digunakan berserta Borang Permohonan 'No Show Passenger' Lampiran D2 yang telah diperaku oleh Ketua Jabatan. Borang berkenaan hendaklah dikemukakan kepada bahagian/unit yang mengeluarkan WPUA dalam tempoh 14 hari daripada tarikh perjalanan sebenar;

Para 3.3.1

Jika perjalanan tidak dapat dilakukan, tuntutan bayaran balik hendaklah dikemukakan oleh PTJ kepada syarikat penerbangan atau kepada agensi pengembaraan dengan mengemukakan surat permohonan oleh Ketua Jabatan seperti di Lampiran D4 dan dokumen sokongan berkaitan.

4.   Justeru, PTJ hendaklah mematuhi proses No Show Passenger dan membuat tuntutan refund pembatalan tiket dan No Show Passenger sewajarnya dalam tempoh yang ditetapkan selari dengan Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) dan Pekeliling Perbendaharaan WP2.5 - Kemudahan Perjalanan Udara Rasmi.

5.   Bersama-sama ini dilampirkan dokumen-dokumen yang perlu dilengkapkan apabila membuat permohonan tuntutan bayaran balik bagi no show passenger mengikut agensi serta terma pembatalan dan refund waran perjalanan udara (wpua) oleh agensi penerbangan untuk rujukan dan tindakan PTJ.

 

Sekian, terima kasih.

"MALAYSIA MADANI"

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA" 

"Memperkasa Budaya Inovasi Pendigitalan"

Saya yang menjalankan amanah,     

ZuwainahNOOR ZUWAINAH BINTI YAHYA  C.A (M) 
Penolong Pengarah
Unit Pengurusan Dana
Seksyen Operasi
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Negeri Terengganu

Tel  : 09-627 8237 & Faks: 09-622 2137
Emel:Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

LAMPIRAN_1_-_MALAYSIA_AIRLINES_BERHAD

LAMPIRAN_2_-_AIR_ASIA

LAMPIRAN_3_-_MALINDO_AIR

Terma Pembatalan Tiket dan Refund oleh Agensi Penerbangan