Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
SURAT EDARAN PELARASAN HARGA WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) - MALAYSIA AIRLINES
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada surat Malaysia Aviation Group Berhad (MAG) rujukan GS/MY-042/SEP2026 bertarikh 28 September 2026 mengenai perkara di atas.
Dimaklumkan bahawa pihak MAG telah mengemas kini harga Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) Malaysia Airlines bagi sektor domestik dan antarabangsa berikutan perubahan kos bahan api global.
Sila rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.
SURAT PELARASAN HARGA WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA)
HARGA WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA)
Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU



