Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
KAEDAH PEMBAYARAN EMOLUMEN DAN TUNTUTAN KEPADA PEGAWAI AWAM PERSEKUTUAN YANG TERLIBAT DENGAN MULE ACCOUNT
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Dimaklumkan garis panduan bagi kaedah pembayaran emolumen dan tuntutan kepada pegawai awam persekutuan yang terlibat dengan mule account telah berkuat kuasa pada 10 Julai 2026.
Tatacara ini bertujuan sebagai panduan pelaksanaan serta rujukan oleh semua Pejabat Perakaunan (AO) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah selian AO mengenai prosedur tindakan serta kaedah pembayaran emolumen dan tuntutan kepada Pegawai Awam Persekutuan sekiranya akaun bank gaji pegawai disekat atau ditutup oleh pihak bank kerana dikenal pasti sebagai mule account.
Sila rujuk lampiran di bawah untuk maklumat lanjut.
KAEDAH PEMBAYARAN EMOLUMEN DAN TUNTUTAN - YANG TERLIBAT DENGAN MULE ACCOUNT
Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU



