Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
EDARAN TATACARA PERAKAUNAN WANG PENDAHULUAN KONTRAKTOR (WPK) DI BAWAH KAWALAN KERAJAAN PERSEKUTUAN [KOD A0591101] VERSI 1/2026
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Dimaklumkan Tatacara Perakaunan Wang Pendahuluan Kontraktor (WPK) Versi 1/2026 telah diluluskan oleh YBrs Akauntan Negara Malaysia. Tatacara ini bertujuan untuk dijadikan sebagai panduan pelaksanaan serta rujukan oleh semua Pejabat Perakaunan (AO) dan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah selian AO bagi menguruskan urus niaga yang melibatkan WPK di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan (Kod: A0591101).
Tatacara perakauan wang pendahuluan kontraktor (WPK) di bawah kawalan kerajaan persekutuan [Kod A0591101] Versi 1/2026 telah dikeluarkan pada 14 Julai 2026 untuk makluman semua. Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut.
TATACARA PERAKAUNAN WANG PENDAHULUAN KONTRAKTOR (WPK)
Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU



