Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
PENGEMASKINIAN HARGA WARAN PERJALANAN UDARA AWAM (WPUA) DAN PENAMBAHAN LALUAN BAHARU - MALAYSIA AIRLINES BERHAD DAN FIREFLY
Merujuk kepada surat Malaysia Aviation Group Berhad (MAG) rujukan GS/MY-033/JUN2026 bertarikh 30 Jun 2026 yang dikemukakan kepada Jabatan ini melalui e-mel bertarikh 2 Julai 2026 mengenai perkara di atas.
Dimaklumkan, pihak MAG telah mengemas kini harga Waran Perjalanan Udara Awam (WPUA) Malaysia Airlines dan Firefly bagi sektor domestik dan antarabangsa berikutan perubahan kos bahan api global dan turut memaklumkan penambahan laluan perjalanan baharu bagi penerbangan antarabangsa Malaysia Airlines. Senarai harga WPUA baharu termasuk pelarasan caj bahan api (YQ) adalah berkuat kuasa pada 1 Julai 2026.
Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut.
LAMPIRAN BERKAITAN PEMBERITAHUAN PENGEMASKINIAN HARGA WARAN PERJALANAN UDARA
Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU



