rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Makluman Semua ,

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

RERUAI WTD - SEMPENA MINI KARNIVAL KESEJAHTERAAN RAKYAT TERENGGANU (MKKRT'26) - ANJURAN KWSP

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas. Dimaklumkan pembukaan kaunter perkhidmatan semakan Wang tidak Dituntut (WTD) sepanjang mini karnival kesejahteraan rakyat Terengganu 2026  anjuran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Lokasi pertama bagi mini karnival ini adalah bagi Dun Alor Limbat akan dibuka sepertimana maklumat di bawah : 

Tarikh : 6 Julai 2026

Hari : Isnin

Masa : 8.45 pagi - 3.00 ptg

Lokasi : Dewan Masjid Jamek Pengadang Baru, DUN Alor Limbat

Semua dijemput hadir. Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU