Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
PELAKSANAAN HOUSEKEEPING DAN PENGEMASKINIAN DATA PENTADBIR AP (AUTHORISED PERSONNEL) GPKI - JANM NEGERI TERENGGANU
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Adalah dimaklumkan bahawa setiap PTJ perlu membuat semakan status pentadbir AP (Authorised Personnel) seperti di lampiran. Sekiranya pentadbir didapati telah bertukar jabatan atau tidak aktif(dalam lampiran masih berStatus Pentadbir - ACTIVE), mohon untuk memaklumkan kepada JANM Negeri Terengganu bagi proses pembatalan capaian pengguna tersebut sebagai pentadbir AP di PTJ boleh laksanakan. Aktiviti housekeeping bagi pentadbir Authorised Personnel (AP) adalah untuk memastikan ketepatan data.
3. Sehubungan itu, mohon kerjasama pihak tuan/ puan untuk memberikan maklum balas kepada pihak kami dengan menghubungi Puan Shuharida binti Salleh ditalian 09-6278210 atau Encik Mazuki bin Lebar di talian 09-6278211 selewat-lewatnya pada 8 Januari 2026 (Khamis).
Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut.
Kerjasama tuan/puan berhubung perkara diatas amatlah dihargai.
Sekian.
(UNIT TEKNIKAL)
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU



