rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

PEMAKLUMAN PEWUJUDAN KOD POTONGAN BAHARU BAGI BAYARAN BALIK ELAUN TAHUN SEMASA

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.            Selaras dengan keputusan Mesyuarat Isu-Isu Operasi Pejabat Perakaunan Bilangan 3 Tahun 2024 Perkara 4.4 Emolumen : Kod Akaun Kutipan Balik Elaun Tidak Tepat – Risiko Kod Akaun Berbaki Kredit, mesyuarat bersetuju untuk mewujudkan wagetype bagi setiap kod akaun kutipan balik elaun terlebih bayar. 

3.            Sehubungan itu, kod potongan baharu bagi bayaran balik elaun terlebih bayar tahun semasa telah diwujudkan dan sedia untuk digunakan mulai bulan pemprosesan emolumen Oktober 2025 sebagaimana berikut:

Bil.

Keterangan

Kod

Nama Kod Potongan

1.

Bayaran Balik Imbuhan Tetap Jawatan Utama/Gred Khas (Tahun Semasa)

4556

Byrn Blk I. Ttp JUtama (TS)

2.

Bayaran Balik Imbuhan Tetap Perumahan (Tahun Semasa)

4557

Byrn Blk ITP (TS)

3.

Bayaran Balik Imbuhan Tetap Khidmat Awam (Tahun Semasa)

4558

Byrn Blk ITKA (TS)

4.

Bayaran Balik Bayaran Insentif Khas Pegawai Profesional (Tahun Semasa)

4559

Byrn Blk By Ins Khas PPrf

5.

Bayaran Balik Bayaran Insentif Tugas Kewangan (Tahun Semasa)

4560

Byrn Blk BITK (TS)

Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU