Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN DAN PERHATIAN KEPADA PTJ YANG MENGGUNAKAN SISTEM iPAYMENT
Dimaklumkan bahawa Pasukan Pemulihan Bencana iPayment akan menjalankan aktiviti simulasi pemulihan bencana pada 10 – 14 Oktober 2025.
2.Sepanjang aktiviti ini dilaksanakan, perkara-perkara berikut perlu diberi perhatian:
* Terdapat downtime bagi proses perpindahan operasi dari pusat data ke pusat pemulihan bencana pada 10 Oktober 2025 bermula jam 9.30 pagi. Sepanjang proses perpindahan ini dijalankan, pengguna sistem tidak dapat mengakses iPayment. Masa tamat dijangka pada jam 3.30 petang dan tertakluk kepada kesiapan proses ini.
* Keupayaan infrastruktur di pusat pemulihan bencana adalah 50% lebih rendah berbanding pusat data. Oleh itu, terdapat kemungkinan gangguan prestasi sistem dalam tempoh simulasi ini dijalankan. Sekiranya terdapat gangguan yang menjejaskan akses semua pelanggan, aktiviti simulasi ini akan dihentikan lebih awal dan operasi dipindahkan semula ke pusat data.
* Operasi iPayment di pusat pemulihan bencana dijadualkan sehingga 14 Oktober 2025 dan proses perpindahan semula ke pusat data akan bermula pada 9.30 pagi. Proses ini dijangka selesai pada jam 3.30 petang atau setelah semua prosedur perpindahan semula ke pusat data selesai dijalankan. Sepanjang aktiviti perpindahan semula ke pusat data dijalankan, pengguna tidak dapat mengakses iPayment.
Mohon kepada semua PTJ yang menggunakan iPayment untuk tidak mengakses ke Sistem iPayment dalam tempoh 10 Oktober sehingga 14 Oktober 2025. Harap Maklum.
Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU



