Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
MAKLUMAN PEMBANGUNAN PROGRAM BAHARU BAGI PERGERAKAN GAJI TAHUNAN (ZRPY071)
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat (BPTM) telah membangunkan satu program baharu bagi Pergerakan Gaji Tahunan (ZRPY071) bagi menggantikan program lama ZRPY070. Pembangunan program baharu ini adalah selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2024, Pelaksanaan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan berkuatkuasa 1 Disember 2024.
3. Bersama-sama ini dilampirkan manual pengguna Pergerakan Gaji Tahunan (ZRPY071) untuk makluman dan rujukan AO dan PTJ. Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh dikemukakan kepada pihak Unit Gaji BPTM di alamat e-mel
Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut.
iGFMAS_MANUAL PENGGUNA_AI-R6-016 PERGERAKAN GAJI TAHUNAN
Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU



