rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

Peringatan Mesra : Pengguna Belum Mohon Roaming OTP Fasa 1A

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.    Dikemukakan senarai nama pengguna cut-off data pada 05.03.2025 yang telah menerima notifikasi pengesahan alamat e-mel pengguna dari Jabatan Digital Negara dan masih belum membuat permohonan roaming di portal MyGPKI (mohon rujuk telegram untuk senarai nama tersebut - iGFMAS Center Point).

3.   Sekiranya alamat e-mel pengguna tidak tepat, dimohon pengguna membuat kemaskini profil secara kendiri di portal MyGPKI.

4.   Oleh kerana link dalam Notifikasi Pengesahan Alamat E-Mel Pengguna telah tamat tempoh. Pentadbir Sub Admin (SA) / Authorized Personnel (AP) myGPKI perlu membuat tindakan dengan larikan butang hijau atau biru satu persatu mengikut pengguna di portal MyGPKI iaitu Pengurusan Pengguna - Pendaftaran Pengguna - masukkan No MyKad, pilih medium roaming dan pilih tindakan bersesuaian (Hijau - Hantar notifikasi pengesahan alamat e-mel pengguna) ( Biru - Hantar Kod Verifikasi)  

Klik disini

5.    Pengguna yang belum mohon roaming OTP tidak dibenarkan untuk membuat pembaharuan token.

6.   Dimohon jasa baik dan kerjasama tuan/puan untuk membuat tindakan susulan mengikut PTJ dan mewajibkan pegawai peraku I/II membuat permohonan roaming OTP berdasarkan tatacara/video yang telah diedarkan.

Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU