rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,

YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,

Fasa 1A : Penambahan medium Roaming + OTP

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.    Dimaklumkan penambahan medium roaming OTP Fasa 1A bagi pengguna iGFMAS sahajaePerolehan sahaja, iGFMAS dan ePerolehan yang tidak menerima emel notifikasi pengesahan alamat e-mel pengguna pada 27.01.2025  (Isnin) yang lalu dan pengguna baharu (tiada token) akan dilakukan dengan mengemaskini maklumat melalui google form.

3.   Berikut adalah link google form https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSco2lCvxYrtH2F0hIST0selfyvGnyPWyCDIprntACzBlF1SUg/viewform?usp=header yang perlu diedarkan dan diisi mulai 12 Februari 2025 (Rabu) sehingga 18 Februari 2025 (Selasa) oleh Pejabat Perakaunan dan Pusat Tanggungjawab masing-masing bagi Fasa 1A.

4.    Pentadbir iGFMAS dan ePerolehan akan menyemak senarai pengguna yang telah mengisi terlebih dahulu sebelum membuat pengesahan kepada pasukan MyGPKI Jabatan Digital Negara (JDN) untuk melakukan penambahan medium roaming + OTP.

5.   Anggaran tempoh pengguna akan menerima notifikasi pengesahan alamat e-mel pengguna dari e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. adalah mulai 21.02.2025 (Jumaat) dan seterusnya pengguna boleh membuat permohonan roaming OTP dan memasang MyGPKI Mobile mengikut tatacara yang telah diedarkan.

Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.

Sekian.

JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU