Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
PELAKSANAAN SEMAKAN TAMBAHAN (SECOND VALIDATION) PEMBAYARAN KERAJAAN MELALUI MODUL ARAHAN PEMBAYARAN (AP) ENTITI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA (JPN): BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) akan melaksanakan semakan tambahan (second validation) bagi pembayaran Kerajaan melalui Modul AP Entiti: JPN mengikut bank secara berperingkat dan Pengurusan Tertinggi JANM telah bersetuju semakan tambahan pembayaran Kerajaan melalui Modul AP Entiti: JPN bagi Fasa Dua (2) dilaksanakan pada Februari 2025. Inisiatif ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan akauntabiliti dan integriti proses pembayaran Kerajaan dan memastikan pembayaran disalurkan kepada penerima yang sebenar.
3. Sehubungan itu, Bank Muamalat Malaysia Berhad adalah dipilih untuk pelaksanaan semakan tambahan pembayaran Kerajaan melalui Modul AP Entiti: JPN bagi Fasa Dua (2) yang akan dilaksanakan bermula 3 Februari 2025. Pelaksanaan adalah dengan tidak melibatkan pindaan kepada Interface Description Document (IDD) iGFMAS pada EFT Payment File for Banks (Process ID AP512).
4. Oleh yang demikian, bagi memastikan pelaksanaan semakan tambahan pembayaran Kerajaan ini berjalan lancar, kerjasama pihak bank adalah dimohon untuk memastikan ketersediaan sistem bank masing-masing. Kerjasama daripada pihak bank amatlah diharapkan bagi memastikan kelancaran pelaksanaan semakan tambahan pembayaran Kerajaan ini.
Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut.
Surat Pelaksanaan 2nd Validation kepada BMMB
Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU