Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera,
YBhg. Datuk/Dato'/Dr./Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN PENARIKAN AKSES KOD TRANSAKSI DI PERINGKAT PTJ BAGI TUJUAN PELAKSANAAN PEMBAYARAN PELARASAN GAJI SSPA MELALUI iGFMAS MODUL EMOLUMEN - HCM (SAPGUI)
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Dimaklumkan proses penarikan akses kod transaksi telah dikemaskini di peranan pengguna peringkat Pusat Tanggungjawab bagi tujuan pelaksanaan pembayaran pelarasan gaji SSPA melalui iGFMAS Modul Emolumen - Human Capital Management (SAP GUI) mengikut ketetapan jadual berikut:
Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut.
3. Sehubungan itu, semua pengguna bagi iGFMAS Modul Emolumen - Human Capital Management (SAP GUI) di Pusat Tanggungjawab tidak dapat mengakses kod transaksi dan akan dipaparkan ralat You are not authorized to use transaction XXXX apabila pengguna Pusat Tanggungjawab melarikan kod transaksi tersebut sepanjang tempoh yang dinyatakan.
Kerjasama dan perhatian perkara ini didahului ucapan terima kasih.
Sekian.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU