Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu
YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / YBrs Dr. / Tuan / Puan,
EDARAN SPANM BIL. 4 TAHUN 2024 - TATACARA PENGURUSAN PENETAPAN KUASA DAN TUGAS PEGAWAI PENGAWAL KEPADA PEGAWAI PERAKAUNAN DI BAWAH KAWALANNYA (AP11) KEMAS KINI 4 OKTOBER 2024
Dengan hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah mengemaskini Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) Bil. 4 Tahun 2024 – Tatacara Pengurusan Penetapan Kuasa dan Tugas Pegawai Pegawal (AP11) bertarikh 4 Oktober 2024 berdasarkan maklum balas yang diterima dalam sesi Train The Trainer (TTT) yang telah diadakan pada 9-11 September 2024. SPANM yang telah dikemas kini telah dimuat naik ke dalam Portal JANM (www.anm.gov.my) di bawah tab Pekeliling – Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM) pada 8 Oktober 2024.
3. SPANM Bil.4 Tahun 2024 kemas kini 4 Oktober 2024 ini bertujuan untuk memberi panduan mengenai Tatacara Pengurusan Penetapan Kuasa dan Tugas Pegawai Pegawal (AP11) yang perlu dilaksanakan oleh semua PTJ/Kementerian dan Pejabat Perakaunan.
4. Dikemukakan bersama ini SPANM Bil. 4 Tahun 2024 kemas kini 4 Oktober 2024 berserta dengan Ringkasan Pengemaskinian SPANM (Lampiran 1) untuk makluman dan tindakan YBhg. Datin/Tuan/Puan selanjutnya.
Sila rujuk lampiran untuk maklumat lanjut.
SPANM BIL. 4 TAHUN 2024 PENETAPAN KUASA DAN TUGAS PEGAWAI PENGAWAL AP11 04102024
LAMPIRAN 1 - ringkasan pindaan SPANM Kuasa AP11 04102024
EDARAN SPANM BIL. 4 TAHUN 2024 PENETAPAN KUASA DAN TUGAS PEGAWAI PENGAWAL AP11 KEMASKINI 04102024
Sekian,terima kasih.
JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA
NEGERI TERENGGANU