rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Ketua Jabatan
Semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) Di Bawah Seliaan
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Negeri Terengganu

YBhg. Datuk / Dato’ / Datin / YBrs Dr. / Tuan / Puan,

LARANGAN PERKONGSIAN KOD QR DUITNOW iPAYMENT

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.   Untuk makluman, pihak BKP, JANM telah menerima aduan resit iPayment tidak diterima setelah bayaran dibuat dengan mengimbas Kod QR DuitNow iPayment. Hasil semakan mendapati, Kod QR DuitNow iPayment telah dikongsikan kepada individu lain dan pembayaran telah dibuat tanpa melalui proses sebenar di skrin iPayment.

3.   Sehubungan dengan itu, semua penjawat awam/pelanggan diingatkan supaya tidak berkongsi kod QR DuitNow yang dijana oleh iPayment bagi sebarang tujuan kepada pihak lain untuk mengelakkan transaksi pembayaran yang tidak dapat dikenal pasti. Sila pastikan perkara di bawah dipatuhi:

a) Kod QR DuitNow yang dipaparkan pada iPayment adalah dinamik dan PERLU DIGUNAKAN DI PORTAL PELANGGAN YANG MENJANA KOD TERSEBUT; dan

b) Kod QR DuitNow sah untuk SATU (1) KALI TRANSAKSI LENGKAP (BAYARAN BERJAYA) sahaja.

4.   Kesan daripada kegagalan mematuhi perkara di atas boleh menyebabkan individu lain yang mengimbas kod QR DuitNow yang sama tanpa melalui proses bayaran yang betul di iPayment dari mula kod tersebut dijana, TIDAK MENERIMA RESIT iPAYMENT walaupun duit berjaya ditolak dari akaun bank/e-dompet.

5.   Tindakan seperti di Lampiran A perlu diambil sekiranya terjadi isu seperti di para 4.

6.   Mohon perkara ini untuk dipanjangkan juga kepada PTJ/Jabatan lain yang berkaitan di bawah seliaan tuan/puan. Kerjasama dan perhatian tuan/puan berhubung perkara ini amat dihargai. 

Sekian, terima kasih.

Sila rujuk LAMPIRAN A