Kepada
Semua Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ)
Di bawah Seliaan JANM Negeri Terengganu.
Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,
YBhg. Dato’/ Datin/ Tuan/ Puan,
HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI iGFMAS
Dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
1. Dimaklumkan bahawa, sebagaimana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bilangan 1 Tahun 2024 bertarikh 30 Januari 2024, kekerapan penggunaan One Time Vendor (OTV) bagi kod vendor 10001 dan 10009 di sistem iGFMAS dihadkan sebanyak sekali sahaja untuk setiap ID penerima bayaran bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh setahun selari dengan objektif dan perihal one time vendor mengambilkira kawalan ke atas risiko penggunaan OTV. Ini bagi memastikan penggunaan OTV adalah terkawal penggunaannya kepada keperluan operasi tertentu sahaja. Kod vendor OTV selain 10001 dan 10009 tidak terlibat dengan had ini kerana kod vendor diwujudkan bagi penggunaan sistem yang berintegrasi.
2. Pelaksanaan ini berkuatkuasa pada 1 Februari 2024 dan sekiranya penggunaan OTV melebihi sekali dalam tempoh setahun untuk setiap ID penerima berkenaan, Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah mewujudkan kod vendor yang bersesuaian untuk meneruskan bayaran.
Mohon perhatian dan tindakan PTJ.
Sekian, terima kasih.
Unit Pengurusan Dana,
JANM Negeri Terengganu.