rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

💫🌟# Archived : iRAO - iReference Accounting Office#💫🌟

 Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2024 (50)

Tarikh : 31 Januari 2024

 

Assalamualaikum/ Salam Sejahtera,

YBhg Datin/ Tuan/ Puan,

             

SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 5 TAHUN 2024

_________________________________________________________________

 HAD KEKERAPAN PENGGUNAAN ONE TIME VENDOR (OTV) DI iGFMAS

_______________________________________________________________

Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.           Sepertimana Surat Edaran BPOPP Bilangan 2 Tahun 2023 bertarikh 29 Mac 2023, kekerapan penggunaan One Time Vendor (OTV) di bawah kod vendor 10001 dan 10009 di sistem iGFMAS dihadkan sebanyak tiga (3) kali. Walaubagaimanapun, berdasarkan kepada ketetapan terkini iaitu sebagaimana yang diputuskan di dalam Mesyuarat Pengurusan Jabatan Akauntan Negara Malaysia Bilangan 1 Tahun 2024 bertarikh 30 Januari 2024, kekerapan penggunaan One Time Vendor (OTV) bagi kod vendor 10001 dan 10009 di sistem iGFMAS dihadkan sebanyak sekali sahaja untuk setiap ID penerima bayaran bagi setiap Pusat Tanggungjawab (PTJ) dalam tempoh setahun selari dengan objektif dan perihal one time vendor mengambilkira kawalan ke atas risiko penggunaan OTV. Ini bagi memastikan penggunaan OTV adalah terkawal penggunaannya kepada keperluan operasi tertentu sahaja. Kod vendor OTV selain 10001 dan 10009 seperti di Lampiran 1 tidak terlibat dengan had ini kerana kod vendor  diwujudkan bagi penggunaan sistem yang berintegrasi.

3.           Pelaksanaan ini berkuatkuasa pada 1 Februari 2024 dan sekiranya penggunaan OTV melebihi sekali dalam tempoh setahun untuk setiap ID penerima berkenaan, Pusat Tanggungjawab (PTJ) hendaklah mewujudkan kod vendor yang bersesuaian untuk meneruskan bayaran.

 4.           Sehubungan dengan itu, kerjasama Pejabat Perakaunan untuk memanjangkan perkara ini kepada PTJ. Surat edaran ini membatalkan Surat Edaran BPOPP Bilangan Bilangan 2 Tahun 2023 bertarikh 29 Mac 2023.

Sekian, terima kasih.

Farawati Ismail  C.A(M), ACMA, CGMA 
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Seksyen Pengurusan Operasi
Bahagian Pengurusan Operasi Pejabat Perakaunan (BPOPP)
Jabatan Akauntan Negara Malaysia
03-88821624

Muat turunSurat Edaran BPOPP Bil. 5 Tahun 2024_Had Kekerapan OTV di iGFMAS