Media Sosial

fb  rss
faq hubungi-kami  aduan   peta-laman
Laman Utama Arkib Pengumuman 2023 Arkib Pengumuman 2023 SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 6 TAHUN 2023 - PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN - CAA), PERIHAL DAN MODUL BAYARAN
Rujukan emel : BPOPP/SPO (Emel)/2023 (161)
Tarikh : 4 Jun 2023
 
YBhg Datin/ Tuan/ Puan,
 
SURAT EDARAN BPOPP BILANGAN 6 TAHUN 2023 - PENYERAGAMAN PENGGUNAAN KOD AKAUN (CARTA AKAUN AKRUAN - CAA), PERIHAL DAN MODUL BAYARAN
 
Saya dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
 
2.     Seperti yang Pejabat Perakaunan sedia maklum, penggunaan kod akaun (CAA), perihal dan modul bayaran yang kerap digunakan oleh Pusat Tanggungjawab (PTJ) telah diseragamkan melalui platform MyCODE yang telah dibangunkan oleh JANM Selangor  di dalam bengkel bersama Pejabat Perakaunan pada 1 hingga 2 Mac 2023. Ini bertujuan bagi memastikan proses semakan AO yang standard oleh semua Pejabat Perakaunan dan mengelakkan aduan ketidakseragaman di antara Pejabat Perakaunan.
 
3.      Sehubungan dengan itu, Pejabat Perakaunan dan PTJ boleh merujuk kepada MyCODE sebagai panduan dan rujukan bagi tujuan penyediaan/ semakan Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran dan transaksi-transaksi lain yang berkaitan. MyCODE ini boleh diakses melalui pautan berikut :
 
 
Pejabat Perakaunan dan PTJ perlu merujuk bersama pekeliling/ surat pekeliling Carta Akaun Akruan yang berkuat kuasa bagi penjelasan lanjut/ kod akaun yang tidak disenaraikan di dalam MyCODE.
 
4. MyCODE ini telah mengambil kira perihal bayaran seperti yang dinyatakan di dalam surat edaran yang terdahulu rujukan ANM(OC) 07/7 Jld.6 (24) bertarikh 10 Julai 2007 di mana maklumat perihal Pesanan Kerajaan/ Arahan Pembayaran hendaklah tepat sepertimana maklumat yang diperlukan tertera di Penyata Bank penerima bayaran. Maklumat perihal bayaran hendaklah menyatakan nombor invois dan tujuan bayaran/ keterangan yang bersesuaian mengikut jenis bayaran. Selaras dengan kemudahan di sistem bank, hanya 20 aksara pertama sahaja yang tertera di Penyata Bank penerima bayaran seperti di Lampiran 1. 
 
5.     Justeru, Pejabat Perakaunan hendaklah melaksanakan proses semak AO berdasarkan panduan perihal bayaran yang dinyatakan di dalam Lampiran 1 dan pautan MyCODE yang diberikan.
 
6.     Pejabat Perakaunan hendaklah memanjangkan perkara ini kepada PTJ. Surat edaran ini berkuat kuasa mulai 1 Julai 2023 dan surat Bahagian Pengurusan Operasi Cawangan (BPOC) rujukan ANM(OC) 07/7 Jld.6 (24) bertarikh 10 Julai 2007 adalah terbatal.
 
Sekian, terima kasih.