Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu telah mengadakan perjumpaan pegawai perakaunan siri 1 Tahun 2019 pada 13 Jun 2019. Perjumpaan Siri 1 ini mengkhususkan pegawai perakaunan di daerah Kuala Terengganu, Marang, Kuala Nerus dan Hulu Terengganu.
Seramai 98 orang pegawai perakaunan telah menghadirkan diri dalam perjumpaan ini. Selain mendengar ucapan dan amanat dari pengarah Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu, pegawai juga diberikan taklimat ringkas berkaitan SPANM 6/2018 dan SPANM 7/2018.
Selain itu, perjumpaan ini juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pegawai perakaunan di Pusat Tanggungjawab dan di JANM.
Secara keseluruhannya, program yang diadakan memberikan impak positif dalam menjalinkan kerjasama yang erat antara pegawai di PTJ dan di JANM.