Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu telah menyertai jamuan hari raya peringkat Wisma Persekutuan yang diadakan pada 25 Jun 2019. Ini adalah penyertaan tahun ketiga JANM.
Menu istimewa yang dihidangkan oleh booth JANM adalah mee hoon sup dan sebanyak lebih 300 mangkuk sup telah dihidangkan kepada tetamu. Menu ini telah dimasak oleh pegawai JANM diketuai oleh Encik Rosdi bin Abu.
Paling istimewa booth JANM telah dipilih sebagai booth terbaik dalam program tersebut. Hiasan booth diketuai oleh Encik Khairul Aizam bin Mohamad.