rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

Jabatan Akauntan Negara Malaysia Negeri Terengganu telah menganjurkan majlis Perhimpunan bulan Februari 2019 pada 28 Februari 2019 bertempat di Dataran JANM, Tingkat 11 Wisma Persekutuan.

Tepat jam 9.00 pagi, majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu JANM, ikrar integriti perkhidmatan awam serta bacaan doa.

Seterusnya ucapan Tuan Pengarah, Encik Fauzi bin Mamat. Beliau memaklumkan berkaitan pelaksanaan Waktu Bekerja Fleksi (WBF) yang akan dilaksanakan mulai 1 Mac 2019. Beliau juga mengumumkan lima orang pegawai yang akan menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang bagi perkhidmatan tahun 2018 seperti berikut :-

  1. Encik Mohd Salbi bin Ali
  2. Puan Noni binti Mohamed
  3. Puan Norhamimah Anida binti Taufik
  4. Puan Nurhafizah binti Ahmat Radi
  5. Puan Sharida binti Jaafar
Slot seterusnya adalah taklimat dari PTPTN berkaitan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-I & SSPN-i Plus) yang disampaikan oleh Pengurus Besar PTPTN Negeri Terengganu, Puan Azizah binti Nasik. Pegawai didedahkan dengan kebaikan yang diperoleh oleh pegawai dengan menabung ke dalam kedua-dua skim ini. PTPTN juga membuka booth di kaunter Tingkat 11 untuk memudahkan pegawai membuat semakan atau pendaftaran akaun.

Majlis diteruskan dengan ceramah bertajuk “Bersihkan Jiwa Sucikan Hati” yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Ustaz Haji Shukri bin Ali. Ceramah menekankan kepentingan dan persediaan untuk menyambut bulan Ramadhan.

Seterusnya, perhimpunan bulan Februari 2019 juga memasukkan slot Taklimat Perakaunan Aset yang telah disampaikan oleh Encik Hafizullah bin Abd Zaidi. Penceramah telah berkongsi maklumat hasil dari taklimat yang telah dihadiri di Ibu Pejabat berkaitan Perakaunan Aset.

Sebelum majlis berakhir, jabatan juga meraikan majlis penghargaan kepada dua orang pegawai yang telah dan akan bertukar keluar iaitu Encik Zakaria bin Jusoh yang telah bertukar ke Institut Latihan dan Perindustrian Marang berkuatkuasa 15 Februari 2019, dan Puan Fazila binti Abdul Wahab yang akan bertukar ke Suruhanjaya Pilihan Raya mulai 1 Mac 2019 (penangguhan sehingga 6 Mac 2019).