PEMBUKAAN KAUNTER PERKHIDMATAN SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) SEMPENA MINI KARNIVAL KESEJAHTERAAN RAKYAT TERENGGANU 2026
Jabatan Akauntan Negeri Terengganu telah menyertai mini Kesejahteraan Rakyat Terengganu (MKKRT 26) bertempat di Dewan Jubli Perak,Bandar Baru Kuala Nerus pada 13 Ogos 2026 2026.
JANM Terengganu telah membuka kaunter perkhidmatan semakan wang tidak dituntut (WTD) di karnival tersebut. Pembukaan kaunter WTD ini sangat memudahkan orang ramai membuat semakan dan bagi pemohon yang layak boleh terus menghantar borang tuntutan.




