PROGRAM PASAR PERCUMA GANU KITER
Jabatan Akauntan Negeri Terengganu telah menyertai program pasar percuma ganu kiter (PPGK) yang telah diadakan di SK Seberang Marang, Marang Terengganu pada 8 Ogos 2026.
Program ini mengumpulkan sumbangan berkaitan seperti pakaian terpakai kanak-kanak dan dewasa, peralatan memasak, minuman, dan juga wang tunai yang boleh disalurkan kepada AJK PPGK untuk diberikan kepada semua pengunjung yang hadir.
Program ini sangat bermanfaat kepada orang ramai yang memerlukan sumbangan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada semua AJK PPGK yang menjayakan program ini.




