PEMBUKAAN KAUNTER PERKHIDMATAN SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) SEMPENA KARNIVAL BUKU, BUDAYA DAN SEMARAK JAWI@ PPAT 2026
Jabatan Akauntan Negeri Terengganu telah menyertai Program sempena Karnival Buku, Budaya Dan Semarak Jawi anjuran Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu bertempat di Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) pada 28 - 29 Julai 2026. Aktiviti ini turut disertai dengan pelbagai jualan buku.
JANM Terengganu telah membuka kaunter perkhidmatan semakan wang tidak dituntut (WTD) di karnival tersebut. Pembukaan kaunter WTD ini sangat memudahkan orang ramai membuat semakan dan bagi pemohon yang layak boleh terus menghantar borang tuntutan.



