PEMBUKAAN KAUNTER PERKHIDMATAN SEMAKAN WANG TIDAK DITUNTUT (WTD) SEMPENA KARNIVAL MINGGU SAINS NEGARA ZON TIMUR 2026
Jabatan Akauntan Negeri Terengganu telah menyertai karnival Minggu Sains Negara Zon Timur 2026 bertempat di Open Space Pusat Sains Kreativiti Terengganu pada 18 hingga 20 Julai 2026. Aktiviti ini turut disertai pelbagai agensi yang turut menyediakan perkhidmatan kepada rakyat.
JANM Terengganu telah membuka kaunter perkhidmatan semakan wang tidak dituntut (WTD) di karnival tersebut. Pembukaan kaunter WTD ini sangat memudahkan orang ramai membuat semakan dan bagi pemohon yang layak boleh terus menghantar borang tuntutan.



