rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

MAJLIS PERTUKARAN KELUAR KAKITANGAN JANM TERENGGANU

Jabatan Akauntan Negeri Terengganu telah menganjurkan Majlis menghargai jasamu dikenang bagi pertukaran keluar 2 orang kakitangan dari Unit Pentadbiran iaitu Puan Siti Zuraida Binti Osman yang akan bertukar ke Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu dan Puan Sharida binti Jaafar @ Khalid yang akan berkhidmat di Biro Pengaduan Awam (BPA) Terengganu.

JANM Terengganu mengucapkan selamat maju jaya dan terima kasih atas sumbangan bakti selama di JANM Terengganu.