rss ikon
faq hubungi-kamiaduan   peta-laman

PROGRAM PENGHAYATAN NILAI ISLAM

Jabatan Akauntan Negeri Terengganu telah menganjurkan program penghayatan nilai islam bersama semua kakitangan JANM Terengganu. Program ini telah diadakan pada 23 Julai 2026 di Bilik Mesyuarat tingkat 6, Wisma Persekutuan.

Melalui program ini ceramah bertajuk Akhlak mulia sebagai asas keharmonian organisasi disampaikan oleh penceramah bertauliah yang dijemput. Bersama program ini turut diadakan  Taklimat maklumat pentadbiran dan kewangan kepada semua kakitangan JANM TRG.

Selain itu turut diadakan sesi Taklimat analisa kajian kepuasan pekerja bersama semua kakitangan.